Thursday, January 5, 2012

Risalah Dakwah Rasulullah buat Para Raja-Raja dan Pemerintah

Dakwah kepada Allah merupakan suatu tugas yang mulia,ianya merupakan tugas dan tanggungjawab para Nabi dan Rasul bermula daripada Nabi Adam,Nuh `alaihissalam sehinggalah kepada Nabi dan Rasul yang terakhir Muhammad bin `Abdullah sallallahu`alaihiwasallam.Firman Allah Ta`ala menjelaskan hakikat ini:

ولقد بعثنا في كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت فمنهم من هدى الله ومنهم من حقت عليه الضلالة فسيروا في الأرض فانظروا كيف كان عاقبة المكذبين


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul [An-Nahl:36 ]).

Dan Allah menyifatkan tugas dakwah ini merupakan sebaik-baik tugas,sebaik-baik ibadah sebagaimana firmanNya:


ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين

. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri .[ Fusshilat:33 ].?" 

Kata Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menjelaskan ayat ini:
Iaitu berdakwah(menyeru) hamba Allah kepadaNya, - dan mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri- iaitu Nabi pada dirinya sendiri memberi petunjuk dengan apa yang dia katakannya,maka manfaatnya bersifat untuk dirinya dan untuk selainnya,bukanlah dia termasuk dari kalangan orang-orang yang menyuruh kepada makruf sedangkan dia tidak melakukannya,dan menegah daripada kemungkaran sedangkan dia melakukannya,bahkan dia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan,dan menyeru makhluk kepada Al-Khalik(Maha Pencipta) Tabaraka wa Ta`ala.Dan  sifat ini umum meliputi kesemua orang yang menyeru kepada kebaikan,dalam keadaan dia sendiri memberi petunjuk(hidayah),dan Rasulullah sallallahu`alaihiwasalllam ialah manusia yang paling utama dengan sifat tersebut.

[ Tafsir Al-Quran Al-`Azhim jilid 4 hlm 129, cetakan Dar As-Siddiq ]


 Perhatikan sifat pendakwah yang benar adalah mereka yang menyeru kepada Allah, iaitu mentauhidkan Allah bukan menyeru kepada Hizbi(parti),bukan juga menyeru kepada diri sendiri,sebagaimana realiti hari ini ramai pendakwah bukan menyeru kepada Allah,iaitu tauhid dan meninggalkan syirik,tetapi mereka menyeru kepada diri mereka,parti mereka,dan lain-lain.
Perlu ditegaskan juga dakwah ini wajib mengikuti manhaj dan sunnah Nabi sallallahu`alaihiwasallam,kerana itulah yang diperintahkan oleh Allah Ta`ala kepada Nabi sallallahu`alaihiwasallam sebagaimana dalam firmanNya:
قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.".

Kata Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah-:
Allah Ta`ala berkata kepada Rasul(utusan)Nya sallallahu`alaihiwasallam yang diutuskan kepada Thaqalain iaitu jin dan manusia,memerintahkan kepadanya agar menyampaikan kepada manusia bahawasanya ini adalah jalannya,iaitu: jalan,maslak(manhaj),dan sunnahnya,iaitulah dakwah kepada persaksian bahawasanya "Tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya,menyeru kepada Allah di atas Al-Basirah(ilmu dan yakin) daripada hal tersebut,keyakinan dan burhan(dalil),dan beliau dan semua mereka yang mengikutinya menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam di atas basirah(ilmu) dan keyakinan serta dalil akal dan syar`i.

[ Tafsir Al-Quran Al-`Azhim jil 3 hlm 667 ]

Maka dakwah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam merupakan sebaik-baik dakwah,sebaik-sebaik metodologi dakwah,sebaik-baik manhaj,sebaik-baik uslub kerana baginda merupakan sebaik-baik contoh teladan yang wajib diikuti oleh umatnya.

Surat-Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Raja-raja dan Pemerintah-Pemerintah.

Para Ulama` Tarikh seperti At-Thabari dalam Tarikh At-Thabari 2/288  menetapkan tarikh pengutusan surat oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada para raja-raja dan pemerintah ketika itu berlaku pada zulhijjah tahun ke enam hijrah,manakala Ibnu Sa`ad dalam Thabaqatnya 1/2: 15 menetapkan ianya berlaku pada tahun ke tujuh dan ianya diikuti oleh Ibnul Qayyim-rahimahullah- sebagaimana dalam Zadul Ma`ad  1/30.

Selepas berlakunya Sulh Al-Hudaibiyyah( perjanjian damai Al-Hudaibiyyah) pada tahun keenam hijrah ianya membuka ruang dan peluang bagi menyebar luaskan dakwah risalah Islam ke semenanjung tanah arab dan diluarnya,dengan itu Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam mengutuskan beberapa utusan kepada Raja-raja dan pemerintah yang mempunyai kekuasaan di beberapa wilayah,antara utusan yang diutuskan oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ialah:

Risalah Dakwah Tauhid disebarkan daripada Al-Madinah ke seluruh pelusuk wilayah.

1) .  Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Qaisar( Maharaja Rom).

2) . `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Kisra( Maharaja Parsi).

3) . `Amru bin Umayyah Ad-Dhamri-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Najasyi( Maharaja Habsyah).

4). Sulait bin `Amru Al-`Amiri-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Hauzah bin `Ali Al-Hanafi di Al-Yamamah.

5)  Utusan baginda kepada Al-Muqaiqis  Maharaja Qibti Mesir.


Manuskrip Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam- 
dan isi kandungannya:

Al-Imam Al-Bukhari-rahimahullah- meriwayatkan dalam Shahihnya nas(teks) surat Rasulullah 
sallallahu`alaihiwasallam yang diutuskan bersamanya Dihyah kepada Pembesar Busro(sekarang di Syam) lalu dia menyerahkan surat itu kepada Hiraqal Qaisar(Maharaja Rom). Berikut ialah terjemah Teks isi kandungan 
surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:

Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam diutuskan kepada Qaisar Rom, Hiraqal ditulis oleh salah seorang sahabat  baginda radiallahu`anhu dan diutuskan melalui utusan Rasulullah,Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi radiallahu`anhu

بسم الله الرحمن الرحيم من محمد عبدالله ورسوله الي هرقل عظيم الروم سلام علي من اتبع الهديأما بعد فإني أدعوك بدعاية الإسلام اسلم تسلم يؤتك الله أجرك مرتين‏,‏ فإن توليت فإن عليك إثم الأريسيين‏...‏ ياأهل الكتاب تعالوا الي كلمةسواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بانا مسلمون

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Hiraqal,Maharaja Rom,
Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma ba`du,
Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,
Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan : "Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, 
bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Ali-Imran:64 ])".

Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Kisra (Maharaj Parsi):

Surat yang dikatakan dihantar oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam melalui Abdullah bin Huzafah As-Sahmi -radiallahu`anhu - kepada Pembesar Bahrain Al-Munzir bin Sawi Al-`Abdi kemudian beliau menyerahnya kepada Kaisar(Maharaja Parsi) yang mengoyak surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam sebelum membacanya,apabila sampai berita tersebut kpd Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam lalu baginda berdoa: "Sesungguhnya Allah akan mengoyakkan kerajaan Kisra!!,lalu doa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam benar-benar terjadi apabila Kaisar mati dibunuh oleh anaknya sendiri dan dan kerajaannya jatuh.

بسم الله الرحمن الرحيم من محمد رسول الله الى كسرى عظيم فارس : سلام على من اتبع الهدىوامن بالله ورسوله وشهد ان لا اله الا الله وحده لاشريك له وان محمدا عبده ورسوله .وادعوك بدعاء الله فإني انا رسول الله الى الناس كافه , لأنذر من كان حيا ويحق القولعلى الكافرين فأسلم تسلم فإن ابيت فإن اثم المجوس عليك .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,
Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk
dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya,dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya,agar aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir,maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat,maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.



Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Najasyi Maharaja Habsyah

Surat ini merupakan surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada  Najasyi,Maharaja Habsyah,menurut sahabat Nabi Anas bin Malik radiallahu`anhu Najasyi ini bukanlah Najasyi yang masuk Islam [Rujuk Shahih Muslim 3/1398 ]

Teks Surat:

بسم الله الرحمن الرحيممن محمد رسول الله الى النجاشي عظيم الحبشه سلام على من اتبع الهدىاما بعد فإني احمد اليك الله الذي لا اله الا هو الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن ,واشهد ان عيسى بن مريم روح الله وكلمته القاها الى مريم البتول الطيبه الحصينه فحملتبعيسى من روحه ونفخه كما خلق ادم بيده واني ادعوك الى الله وحده لاشريك له والموالاةعلى طاعته وان تتبعني وتؤمن بالذي جاءني فاني رسول الله واني ادعوك وجنودكالى الله عز وجل وقد بلغت ونصحت فاقبلو نصيحتي والسلام على من اتبع الهدى 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah,sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du,maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah yang tiada Ilah yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik,Al-Quddus,As-Salaam,Al-Mukmin,Al-Muhaimin,
Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah(yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya,dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Ilah yang berhak disembah melainkanNya,dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah  dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla ,dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku,dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk.

 Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada  Muqaiqis Pembesar Mesir.



Teks Surat:

بسم الله الرحمن الرحيم من محمد عبدالله ورسوله الى المقوقس عظيم القبط سلام على من اتبع الهدىواما بعد فاني ادعوك بدعاية الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا اربابا من دون اللهفإن توليت فعليك اثم القبط . ويأهل الكتاب تعالوالى كلمة سواء بينناوبينكم الا نعبد الا الله ولا نشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا اربابا من دون اللهفإن تولو فقولو اشهدوا بأنا مسلمون

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir),sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk,dan Amma ba`du,maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah melainkan Allah,maka jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti,dan wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, 
bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Ali-Imran:64 ])".


Teks surat yang paling shahih adalah surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam yang diutus kepada Hiraqal,Kaisar Rom kerana ianya diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari-rahimahullah-dalam Shahihnya.Dan selainnya dari segi periwayatan sanadnya masih dipertikaikan,namun sebahagian para ulama` menyebutkan periwayatannya diterima dari sudut sejarah dan ianya disebutkan secara riwayat tarikhiyyah( periwayatan sejarah).


Beberapa Faedah:


1) Kepentingan Dakwah Tauhid dan wajib mendahulukannya di atas segala urusan kerana ianya merupakan hak Allah Ta`ala ke atas hamba, kerana itulah Nabi sallallahu`alaihiwasallam memulakan seruannya dengan Tauhid.


2) Para Ulama` menyifatkan perutusan surat-surat ini di zaman Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam menunjukkan dakwah Islam ini bersifat `alamiyyah(global).


3) Peranan Madinah Al-Munawwarah sebagai Pusat atau Markaz Daulah Islamiyyah.


4) Penulisan merupakan salah satu wasilah yang dalam menyebarkan dakwah Islam.


5) Dakwah merupakan ibadah,dan ianya wajib memenuhi syarat penerimaan ibadah iaitulah Ikhlas dan Ittiba`(mengikuti Manhaj Nabi sallallahu`alaihiwasallam).


6) Bantahan ke atas para orientalis yang mendakwa Islam hanya disebarkan semata-mata melalui mata pedang,dan keganasan.


7) Ganjaran bagi orang-orang yang beriman dan mengikuti ajaran Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam, pahala sebanyak dua kali bagi Ahli Kitab yang masuk Islam.


8) Kejelasan Dakwah Islamiyyah.


9) Tahap dan peringkat dakwah perlu diperhatikan dalam menyampaikan dakwah, sikap Nabi sallallahu`alaihiwasallam yang menghormati pemimpin-pemimpin serta pembesar negara menunjukkan hikmahnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam dalam dakwahnya sedangkan kesemua mereka bukan semua yang menerimanya,sekaligus membantah dakwaan segelintir umat Islam yang bertindak tidak menghormati dan bersikap menghina,mencela pemimpin mereka walhal pemimpin dan pembesar mereka masih muslim.




Wallahu`alam:


Berkhidmat untuk As-Sunnah,
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Al-Madinah Al-Munawwarah
11 Safar 1433 Hijriyyah




Sumber rujukan:


1)  Tafsir Al-Quran Al-`Azhim Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah- Darul As-Siddiq


2) Al-Jami`us Shahih Al-Imam Bukhari-rahimahullah- Darul Minhaj


3) As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shahihah Dr. Akram Dhiya` Al-Umari, Maktabah Al-`Ubaikan.


Laman Web :


http://uqu.edu.sa/page/ar/39589



Wednesday, January 4, 2012

Fatwa Syeikh Soleh Al-Fauzan dan Mufti Madinah Syeikh Soleh bin Sa`ad As-Suhaimi tentang Demonstrasi.

Fatwa Fadilatus Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah-, anggota haiah Kibar Ulama Arab Saudi :

Soalan:

Disana terdapat mereka yang melihat bencana dan musibah yang menimpa terhadap umat dan bermulalah mereka menyeru kepada permusuhan dan demonstrasi melawan para pemerintah dan para ulama kononyan untuk menghilangkan kemudaratan(kezaliman pemerintahan),maka apakah pandangan kamu dengan wasilah ini?

Jawapan:

Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan,jika berlaku sesuatu peristiwa padanya ada kemudaratan atau kemungkaran,maka hal ini bukanlah cara penyelesaian iaitu dengan melakukan demonstrasi,permusuhan atau kerosakan,perkara ini bukanlah penyelesaian ...............akan tetapi cara penyelesaian  iaitulah kembalikan ia kepada mereka yang bertanggungjawab dan saling menasihati mereka ,dan menjelaskan kewajipan ke atas mereka semoga dengan hal tersebut menghilangkan kemudaratan tersebut.

Soalan:

-Moga Allah membalas kebaikan kepadamu- soalan ini merupakan daripada bab bertanya kepada ahli ilmu tentang,apakah pandangan fadilatus Syeikh tentang  peristiwa-peristiwa yang berlaku hari ini dan apakah pendirian kita terhadapnya,kami mengharapkan penjelasan disebabkan banyaknya kekeliruan tentangnya.


Jawapan Fadilatus Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah-

Hal ini seperti jawapan yang sebelumnya,peristiwa-peristiwa yang berlaku yang memberi mudarat kepada masyarakat,pendirian tentangnya adalah dengan saling menasihati kepada pemerintah sama ada dengan berhadapan dengan secara langsung,atau dengan penulisan atau dengan berhubung melalui telefon,inilah cara penyelesaian,dan mereka pemerintah di negara ini -walillahilhamd-pada mereka ada kebaikan,dan mereka pun mengiginkan kebaikan-insyaAllah- dan wajib menasihati mereka dengan apa-apa wasilah sama ada dengan secara langsung,atau dengan menulis,atau dengan menghubungi atau cara yang lain.

Audio bahasa arab boleh dimuat turun disini:  http://www.4shared.com/audio/lbpbroYB/___.html---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatwa Mufti Madinah Fadilatus Syeikh Soleh bin Sa`ad As-Suhaimi-hafizahullah

-Beliau mengulas tentang demonstrasi:

Menyertai demonstrasi ini iaitu yang berlaku di sebahagian negara-negara kaum muslimin bagaimanapun keadaan pemerintah,bagaimanapun bentuk kezaliman,bagaimanapun bentuk penyelisihan( yang dilakukan pemerintah) maka menyertai demonstrasi adalah amalan yahudi freemasonary,bukan daripada amalan kaum muslimin,dan islam tidak mengakuinya,dan tidak ada dalil yang menyokongnya daripada Syariat,dan jangan pandang kepada sesiapa yang berfatwa akan kebolehannya daripada mereka yang tergesa-gesa sehinggalah orang yang membunuh diri mereka sendiri mereka berkata dia adalah syuhada`(mati syahid) sedangkan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: " sesiapa yang membunuh dirinya maka dia masuk neraka" maka kami berlepas diri daripada fatwa ini( yang membolehkan demonstrasi) dan mereka yang menyokongnya walaupun ianya disebarkan daripada stesen-stesen televisyen yang rosak,dan selainnya yang terdiri daripada stesen-stesen televisyen yang rosak dan merosakkan,perkataan ini aku katakannya daripada aku dan  cukup bahawasanya demonstrasi ini yang menyokongnya daripada tiga sudut iaitu yang bertujuan terhadap mereka(menghuru-harakan umat islam) iaitulah Amerika dan Eropah dengan banyaknya negara-negaranya dan Rafidhah sama ada dari kalangan mereka di Iran atau Hizbusyaitan atau selain mereka di negeri syam atau selain itu atau begitu juga sudut ketiga yang menginginkannya adalah golongan sekular,liberal dan atheis yang ingin memadam agama dan ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka dan Allah enggan melainkan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir membencinya.

Maka sampaikanlah  kepada para saudara bahawasanya menyertai demonstrasi atau tunjuk perasaan ini bagaimanapun keadaan pemerintah maka perbuatan tersebut adalah tidak benar dan hanya akan mengukuhkan musuh-musuh Islam untuk menyelusup masuk ke dalam barisan kaum muslimin,dan cukuplah apa yang terjadi di sebahagian negeri apabila bercampurnya orang yang hina dan mulia,Rafdihi bersama Yahudi bersama Nasrani bersama musuh-musuh sunnah bersama para penzina dan gay-gay dan orang-orang sekular dan golongan liberal dan kesemua orang-orang mujrim( penjenayah ) yang menyertai demonstrasi seperti ini.

Maka aku menasihati diriku sendiri dan saudara-saudaraku Ahli Sunnah agar tidak menyertainya dan agar mereka melazimi rumah-rumah mereka dan agar mereka menjauhi fitnah ini,jika mereka dizalimi maka dipertahankan diri mereka sendiri,adapun masuk menyertai demonstrasi ini bagaimanapun kezaliman(pemerintah) yang berlaku atau apa-apapun terjadi maka ianya tetap tidak diakui oleh syariat bahkan ianya merupakan asas daripada asas-asas fremasonary zionis antarabangsa.

Muat turun audio asal di sini: http://www.4shared.com/audio/zGZ-OTHr/___online.html
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penterjemah: Abul Hussein 

Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah 


Friday, December 23, 2011

Pencerahan Tentang Hadith Iftiraq Ummah

Hadith berkenaan perpecahan umat islam kepada tujuh puluh tiga firqah atau kelompok merupakan hadith yang shahih dan dijadikan hujjah oleh ulama` islam zaman berzaman,ianya merupakan suatu bentuk perkhabaran daripada Nabi Muhammad sallalallahu`alaihiwasallam tentang perpecahan yang akan berlaku di kalangan umatnya,namun ada juga sebahagian musuh-musuh Islam dari kalangan ahli bid`ah dan mereka yang mengikuti hawa nafsu mempertikaikan keshahihan hadith ini dan menolaknya semata-mata ianya tidak menepati akal dan hawa nafsu mereka.

Hadith iftiraq(perpecahan umat) diriwayatkan oleh jamaah para sahabat seperti Abu Hurairah,Mu`awiyyah bin Abi Sufyan,Anas bin Malik,`Auf bin Malik Al-Asyja`I,Abu Umamah Al-Bahili,Sa`ad bin Abi Waqqas,Abu Darda` dan Watsilah bin Al-Asqa`-radiallahu`anhum ajma`in-
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya:

حدثنا الحسين بن حريث أبو عمار قال: حدثنا الفضل بن موسى، عن محمد بن عمرو، عن أبي سلمة، عن أبي هريرة، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «تفرقت اليهود على إحدى وسبعين أو اثنتين وسبعين فرقة، والنصارى مثل ذلك، وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة» وفي الباب عن سعد، وعبد الله بن عمرو، وعوف بن مالك: «حديث أبي هريرة حديث حسن صحيح»

Telah menceritakan kepada kami Al-Husain bin Harith Abu `Amaar katanya: Telah menceritakan kepada kami Al-Fadhl bin Musa,daripada Muhammad bin `Amru daripada Abi Salamah,daripada Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: " Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua firqah(kelompok),dan Nasrani seperti itu juga,dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok" dan dalam Bab daripada Sa`ad dan `Abdillah bin `Amru,dan `Auf bin Malik" –hadith Abu Hurairah hadith hasan shahih ".

[ Sunan(Jami`) At-Tirmidzi 5/25 hadith no:2640 ]

Al-Imam Ibnu Majah rahimahullah meriwayatkan:

 حدثنا عمرو بن عثمان بن سعيد بن كثير بن دينار الحمصي قال: حدثنا عباد بن يوسف قال: حدثنا صفوان بن عمرو، عن راشد بن سعد، عن عوف بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة، فواحدة في الجنة، وسبعون في النار، وافترقت النصارى على ثنتين وسبعين فرقة، فإحدى وسبعون في النار، وواحدة في الجنة، والذي نفس محمد بيده لتفترقن أمتي على ثلاث وسبعين فرقة، واحدة في الجنة، وثنتان وسبعون في النار» ، قيل: يا رسول الله من هم؟ قال: «الجماعة»
Telah menceritakan kepada kami `Amru bin `Uthman bin Sa`id bin Kathir bin Dinar Al-Himsi,katanya: Telah menceritakan kepada kami `Abbad bin Yusuf katanya: Telah menceritakan kepada kami Safwan bin `Amru daripada Rasyid bin Sa`ad, daripada `Auf bin Malik katanya: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: " Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu kelompok,dan hanya satu di syurga dan tujuh puluh lagi di neraka,dan Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kelompok dan tujuh puluh satu di neraka dan satu di syurga,dan demi yang jiwa Muhammad berada di atas tanganNya umatku pasti akan berpecah sebanyak tujuh puluh tiga kelompok,satu sahaja di syurga dan tujuh puluh dua di neraka".Dikatakan kepada Nabi: "Wahai Rasululullah siapakah mereka(yang di syurga atau yang terselamat)?.Jawab baginda: "Al-Jamaah".

[ Sunan Ibnu Majah 2/1322 ,bab iftiraq Al-Umam ]

Walaupun hadith ini tidak sunyi daripada kritikan ulama-ulama` hadith tentang perawi dalam 
sanadnya namun ianya mempunyai riwayat yang lain yang mana sanadnya bersih dan sejahtera dari sebarang kecacatan dan ianya menjadi syawahid(penyokong) yang menguatkan hadith tersebut, misalnya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,Mu`awiyyah bin Abu Sufyan,Anas bin Malik,`Auf bin Malik a-Asyja`I,Abu Umamah radiallahu`anhum.
Berikut disenaraikan kitab-kitab Ulama Ahli Sunnah yang meriwayatkan hadith iftiraq :

1 . Musnad Ahmad bin Hanbal 19/241, no:12208
2 . Sunan Abu Daud 4/197, no: 4596
3 . Sunan Ibnu Majah 2/1322, no: 3992
4 . Mushannaf Ibnu Abi Syaibah 7/554
5. Sunan(Jami`) Tirmidzi no:2640
6 . As-Sunnah Ibnu Abi `Ashim 1/32-35, no:45,63,69,71 dan 953.
7 . Musnad Al-Bazzar 4/37, no:1199
8 . As-Sunnah Al-Marwazi 1/21, no: 53
9 . Musnad Abi Ya`la Al-Musili 7/36, no: 3938, 3944
7 . Shahih Ibnu Hibban 14/140,no: 6247,6731
8 . As-Syari`ah Al-Ajurri 1/311,no: 26,27 dan 28.
9 . Mu`jam Al-Kabir At-Thabrani 8/274,no: 8054
10. Al-Ibanah Al-Kubra Ibnu Batthah 1/370,no: 266,267,270
11. Al-Mustadrak Al-Hakim 1/47,no: 10,441,445.
12. Syarh Usul `Itiqad Al-Lalakai 1/112,no: 148,149.
13. Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi 10/351,no: 20901.
14. Al-Hujjah fi Bayan Al-Mahajjah Abul Qasim Al-Asbahani 1/117-122 no:16,17,19.

Antara ulama-ulama hadith yang menghasankan atau menshahihkan hadith ini ialah:

1 . Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah,beliau berkata : "Hadith hasan shahih " rujuk takhrij sebelumnya,dan Al-Hafiz Al-Munziri-rahimahullah menaqalkan tashih At-Tirmidzi dan beliau mengakuinya. [ rujuk Tuhfatul Ahwadzi 7/333 ]

2 . Al-Imam Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/128: "Shahih di atas syarat Muslim" disepakati oleh Az-Zahabi. Kata beliau lagi ketika menilai hadith Mu`awiyyah : " sanad-sanad hadith ini boleh dijadikan hujjah untuk menshahihkan hadith ini"

3.  Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-`Asqalani  ketika menilai hadith Mu`awiyyah dalam "Takhrij Ahadith Al-Kasyaf hlm 6": " hasan".

4 . Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu` Fatawa 3/345: " Hadith ini shahih masyhur dalam kitab-kitab sunan dan musnad".

5 . Al-Imam As-Syatibi dalam Al-`Itishom 2/186: " Shahih daripada hadith Abu Hurairah".

6 . Al-Imam Ibnu Kathir dalam Tafsirnya 2/482: " Sebagaimana datang(diriwayatkan) dalam kitab Musnad,dan sunan daripada jalan-jalan periwayatan yang saling kuat menguat antara satu sama lain: bahawasanya Yahudi akan berpecah…..

7. Al-Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi dalam Al-Farqu bain Al-Firaq hlm 7: " Hadith yang warid menjelaskan perpecahan umat mempunyai sanad-sanad yang banyak".

8. Syeikh Al-Albani menjelaskan hadith ini dalam Silsilah Al-Ahadith As-Shahihah hadith no:203 dengan beberapa jalan periwayatan: " Maka sesungguhnya telah jelas dengan terang bahawasanya hadith ini thabit tanpa syak padanya,dan disebabkan itulah para Ulama kini mengikuti salaf dalam berhujjah dengannya sehinggakan Al-Hakim mengatakan di dalam awal kitabnya Al-Mustadrak: "Sesungguhnya ianya adalah hadith yang sangat besar dalam Usul " dan aku tidak mengetahui seorang pun yang mencela hadith ini melainkan sebahagian daripada mereka yang tidak boleh dikira sifat bersendiriannya(dalam pendapatnya) dan keganjilannya  seperti Al-Kauthari."

Untuk menyenaraikan imam-imam hadith yang meriwayatkan hadith ini sangat banyak,sehinggakan ianya disifatkan oleh Ahli Hadith Syam Syeikh Salim bin `Eid Al-Hilali-hafizahullah-sudah mencapai tahap mutawatir atau hampir kepadanya,dan ianya sudah menjadi usul agama yang disebut oleh para ulama firaq dalam kitab mereka tanpa mereka mengingkari matan(teks) hadith tersebut seperti As-Syahrastani dalam kitab Al-Milal wa An-Nihal, Al-Farqu baina Al-Firaq oleh Al-Baghdadi, "Al-Fasl fi Al-Ahwa` wa Milal wa An-Nihal" oleh Ibnu Hazm,dan Maqalat Islamiyyin oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Asy`ari –rahimahumullah-dan ramai lagi
 

.
Menjawab Syubhat Tentang Tadh`if Ibnu Hazm

Hadith ini disisi Ibnu Hazm (wafat 456H) dan Dr Yusuf Al-Qardhawi dianggap dha`if(lemah) mereka melemahkannya kerana hadith ini boleh dimaqlubkan atau diselewengkan maksudnya.


Jawapan:

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam takhrij serta membawakan senarai para ulama salaf yang menshahihkan hadith ini maka bilangan mereka,kedudukan mereka serta banyaknya jalan periwayatan hadith tersebut sudah memadai untuk menjawab syubhat golongan yang hanya bertaqlidkan kepada Ibnu Hazm semisal Qardhawi,juga perlu difahami keadaan Ibnu Hazm yang kita tidak menafikan ketokohan beliau dalam Islam namun tidak dinafikan banyak hadith yang dikritik oleh Ibnu Hazm dianggap oleh sebahagian ulama` hadith sebagai syaz(ganjil) dan menyelisihi imam-imam hadith yang jauh lebih alim dan mahir dalam bidang ini,misal yang paling mudah lihat sahaja masalah Ibnu Hazm mengkritik hadith pengharaman Alat-alat Muzik yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dalam Shahihnya.

Malah Ibnu Hazm juga merupakan antara ulama` yang syaz dalam manhajnya menghukum hadith yang dha`if kerana beliau tidak berpendapat dengan `itibar dan syawahid(penyokong) dalam Ilmu hadith,maka disisi beliau hadith hasan lighairihi memang tidak wujud bahkan beliau mengingkarinya,justeru disebabkan itulah beliau mendha`ifkan(melemahkan) hadith tersebut disebabkan beliau hanya menghukum satu sanad hadith sahaja tanpa melihat dan meneliti jalan-jalan periwayatan yang lain,dan ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada pendapat tersebut yang dianggap oleh para ulama` sebagai syaz(ganjil).Antara ulama yang menghukum pendapat Ibnu Hazm sebagai syaz ialah Az-Zarakasyi -rahimahullah-beliau berkata:
وشذ ابن حزم عن الجمهور فقال ولو بلغت طرق الضعيف ألفا لا يقوى ولا يزيد انضمام الضعيف إلى الضعيف إلا ضعفا 
 Ibnu Hazm telah berpegang dengan pendapat yang syaz(ganjil) daripada jumhur,kerana beliau berpendapat: kalau jalan-jalan periwayatan yang dha`if(lemah) mencapai seribu pun ianya tidak menguatkan(hadith) dan tidak menambahkan penggabungan dha`if kepada dha`if yang lain melainkan ia tetap dha`if(lemah)[ Rujuk An-Nukat `ala Muqaddimah Ibnu Solah oleh Az-Zarkasyi 1/322 ]

Begitu juga walaupun Ibnu Hazm melemahkan hadith tersebut namun beliau tidaklah sejahat Qardhawi dalam mengingkari matan hadith iftiraq(perpecahan) yang berlaku di kalangan umat Islam,kerana Ibnu Hazm -rahimahullah- tetap menyebutkan ifitraq ummah  dalam Kitabnya "Al-Fasl fi Milal wa An-Nihal".

Sikap Al-Qardhawi dalam Hadith ini dan penjelasan tentangnya.

Sesiapa sahaja yang sudah mengenali Dr Yusuf Al-Qardhawi dan sikap serta kritikan ulama-ulama salaf terhadap beliau maka kita akan mendapati beliau bermanhaj dengan manhaj Ikhwan Muslimin,maka tidak hairanlah hadith iftiraq ini dilemahkan oleh beliau semata-mata untuk mempertahankan mazhabnya dan memuaskan hawa nafsunya,sebelum beliau Salman `Audah juga pernah mengkritik hadith ini,maka jika kita melihat tujuan mereka melemahkan hadith ini hanyalah semata-mata bersifat politik,kerana sebagaimana kita sedia maklum manhaj Ikhwan Muslimin adalah mereka menyeru kepada "Taqrib"(penyatuan) antara semua agama,begitu juga penyatuan antara mazhab-mazhab seperti Syiah dan Sunnah.

Adapun hujjah yang mengatakan hadith ini boleh dimaqlubkan(diselewengkan) maksudnya maka ianya sangat tidak berasas dan tidak boleh diterima akal,kerana secara zahirnya semua hadith berkemungkinan diselewengkan maksudnya,sebagaimana ayat-ayat Al-Quran boleh diselewengkan maksudnya oleh kelompok Muktazilah,Syiah Rafidhah dan ahli bid`ah yang lain maka begitulah juga hadith-hadith Nabawi,jika mengatakan hadith ini boleh diselewengkan tentulah semua hadith-hadith shahih yang pernah diselewengkan oleh ahli bid`ah harus 
dilemahkan kerana hujahnya " hadith tersebut boleh diselewengkan".


Begitu juga hadtih ini datang dalam bentuk tahzir(peringatan) agar tidak mengikuti jejak langkah  kaum Yahudi dan Nasrani,maka ianya bukanlah sebagai tiket untuk digunakan bagi menyesatkan atau mengkafirkan umat Islam sewenang-wenangnya,namun ianya tidak lebih daripada menggalakkan kita agar terus menerus membuat penelitian dan kajian tentang siapakah Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam,apakah ciri-ciri mereka,apakah Manhaj mereka dalam akidah,akhlak dan fiqh serta dalam segenap aspek kehidupan mereka serta bersatu di bawah kesatuan Al-Jamaah dan meninggalkan firqah-firqah yang menyimpang darinya,semua ini merupakan manifestasi dari firman Allah Ta`ala:


إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون 

Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.
 [ Al-Anbiya`:92 ]

ولا تكونوا من المشركين . من الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعا كل حزب بما لديهم فرحون

dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa kelompok.Tiap-tiap kelompok merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka.
[ Ar-Ruum:31-32 ]


Berkenaan kefahaman tentang penetapan bilangan kelompok di dalam Islam berdasarkan hadith ini antara Ulama Salaf yang paling awal menentukan firqah-firqah sesat dalam Islam dan pembahagian mengikut usulnya ialah Yusuf bin Asbat,kemudian diikuti oleh Al-Imam `Abdullah bin Al-Mubarak sebagaimana disebutkan oleh Syeikhul Islam dalam Majmu` Fatawa 3/350:
Diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Batthah -rahimahullah-(wafat 387H) dalam Al-Ibanah Al-Kubra 1/376 daripada Yusuf Asbat :
أصل البدع أربعة: الروافض، والخوارج، والقدرية، والمرجئة، ثم تتشعب كل فرقة ثماني عشرة طائفة، فتلك اثنتان وسبعون فرقة، والثالث والسبعون الجماعة التي قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «إنها الناجية»
Usul bid`ah ada empat: Ar-Rawafidh(rafidhah),Al-Khawarij,Al-Qadariyah dan Al-Murjiah kemudian setiap firqah(kelompok) berpecah kepada lapan belas(18) kelompok,maka jadilah ia tujuh puluh dua kelompok [ 18 x 4=72  ],dan kelompok yang ke tujuh puluh tiga adalah Al-Jamaah yang telah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam sebutkan "sesungguhnya ianya akan selamat".

قال حفص بن حميد: قلت لعبد الله بن المبارك: على كم افترقت هذه الأمة؟، فقال: " الأصل أربع فرق: هم الشيعة، والحرورية والقدرية والمرجئة فافترقت الشيعة على ثنتين وعشرين فرقة، وافترقت الحرورية على إحدى وعشرين فرقة، وافترقت القدرية على ست عشرة فرقة، وافترقت المرجئة على ثلاث عشرة فرقة " قال: قلت: يا عبد الرحمن: لم أسمعك تذكر الجهمية قال: «إنما سألتني عن فرق المسلمين»

Kata Hafs bin `Humaid: "Aku bertanya kepada Abdullah bin Al-Mubarak: " Umat ini berpecah kepada berapa kelompok? , Jawabnya: " Usul firqah ada empat: "Mereka adalah Syiah,Al-Haruriyah(Khawarij),Al-Qadariyyah,Al-Murjiah lalu berpecah Syiah kepada dua puluh dua(22) kelompok,Al-Haruriyah berpecah kepada dua puluh satu(21) kelompok,dan berpecah Al-Qadariyah kepada enam kelompok,dan berpecahnya Al-Murjiah kepada tiga belas kelompok" Aku berkata: "Wahai Abu `Abdur Rahman,aku tidak mendengar engkau menyebut Jahmiyyah" Jawabnya: " Sesungguhnya engkau bertanyakan aku tentang firqah kaum muslimin". 

Manakala Ibnu Jauzi-rahimahullah- dalam Talbis Iblis hlm 25 pula membahagikan usul bid`ah kepada enam iaitu : Al-Haruriyah(Khawarij),Al-Qadariyah,Al-Jahmiyyah,Al-Murjiah,Ar-Rafidhah dan Al-Jabariyah,kemudian setiap firqah berpecah kepada dua belas(12),maka jadilah tujuh puluh dua(72) firqah [ 12 x 6= 72 ]

Maka perlu difahami kewujudan firqah-firqah,kelompok-kelompok serta Ahzab(parti-parti) pada hari ini maka ianya tidak akan lari dari usul yang disebutkan oleh para Ulama Salaf,Cuma mereka berbeza dari sudut pengiraannya secara tepat,namun bukanlah bermakna ianya hanya terhad kepada tujuh puluh dua,namun ianya bermaksud usul atau asas bid`ah dan kesesatan tidak akan lari daripada usul yang dibangunkan oleh keempat-empat atau keenam-enam firqah,maka tidak hairanlah jika kita katakan realiti yang ada hari ini membuktikannya dimana kita akan dapati misalnya Ikhwan Muslimin menghimpunkan semua firqah atau usul-usul bid`ah yang disebutkan oleh para ulama` iaitu di dalam ikhwan Muslimin kita akan mendapati adanya mereka yang berfahaman atau berfikrah Khawarij,Murjiah,Rafidhah,Al-Jahmiyyah dan lain-lain lagi dari bid`ah dalam agama.

Adapun perselisihan antara Ahli Sunnah As-Salafiyyah dengan Asya`irah bukanlah dalam masalah furu` akidah seperti yang didakwa bahkan ianya adalah dari masalah usul `Akidah kerana beriman dengan sifat-sifat Allah Ta`ala termasuk dalam usul `akidah sedangkan Asya`irah telah menempuh usul Jahmiyyah dalam menafikan sifat-sifat Allah Ta`ala,walaupun mereka(Asya`irah) masih tidak dihukum oleh ulama Islam sebagai kafir sebagaimana ulama` menghukum kafirnya Jahmiyyah,namun akibat perbezaan mereka dalam masalah sifat-sifat Allah Ta`ala dan kekeliruan mereka dalam memahami ayat-ayat sifat serta menyelisihi Manhaj Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah maka mereka termasuk dalam firqah(kelompok) yang tujuh puluh dua yang diancam oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam,juga jika kita mengikut usul bid`ah yang dibahagikan oleh Ibnu Jauzi maka jelas,Asya`irah adalah pecahan daripada Jahmiyyah sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Yahya bin `Ammar dan Syeikhul Islam Isma`il Al-Harawi yang mengatakan "Asya`irah 
adalah Jahmiyyah betina dan Muktazilah adalah Jahmiyyah jantan".


Berkhidmat untuk As-Sunnah


Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
 28Muharam 1433H/23 Disember 2011.